Wednesday, February 17, 2010

Kuala Lumpur Bandaraya Maju?

Kebelakangan ini isu Bandaraya Kuala Lumpur telah diperkatakan dan disebut mengenainya adalah 'green space'.Dengan ini diharapkan pihak institusi ini dapat memainkan peranan dengan menggunakan peluang yang terbuka luas ini untuk menonjolkan karier ini sebagai titik tolak untuk melihat perkembangan lapangan ini untuk maju ke hadapan. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Ning Chik telah membangkitkan isu ini di dalam memperkatakan isu mengenai Kg Baru, mengenai dasar kerajaan di dalam menyemarakkan lagi Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang hebat.
Persoalannya,apakah peranan dan tindakan serta dimanakah sensitivitinya kita sebagai ahli jemaah 'Landscape Architect'? Di sini, beberapa tindakan boleh diambilkira sekiranya ianya boleh dijadikan pertimbangan
  • Memaparkan beberapa gambar dan menonjolkan contoh2 projek 'urban' yang telah berjaya dilakukan oleh profesion2 ini terutamanya di luar negara di dalam media cetak secara berterusan.
  • Mengadakan kerjasama di dalam aktiviti yang berkaitan serta melibatkan diri di dalam organisasi seperti WWF dan aktiviti kesenian dan kebudayaan.
  • Memberi pemahaman maksud secara jelas melalui perbezaan seperti 'greenway','orangeway','redway' dan bukannya paparan tanaman di dlm 'planter box' atau backyard. Dan dengan ini,pemahaman mengenai peranan profession ini semakin jelas atau mungkinkah profession ini boleh digelar sebagai 'Environmental Architect'?.Bukankah tugas kita membentuk persekitaran yang seimbang antara human-made and nature?
  • Mencari dan menjadikan seseorang menteri atau ahli politik yang mempunyai suara yang lantang di dalam Parlimen atau seseorang yang boleh dijadikan ikon atau inspirasi di dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitrapat dengan peranan proffesion ini. Sekiranya Eric Leong boleh diangkat sebagai duta profession interior,mengapa tidak saudara Karam Singh Walia sebagai duta proffesion ini?

Secara sedar atau tidak, peranan kita berakhir semasa berakhirnya peranan Tun Mahathir sebagai PM yang boleh kita andaikan beliau sebagai Father of Landscape Architecture in Malaysia. Kita memerlukan seorang yang boleh dijadikan inspirasi kepada kerjaya di dalam bidang ini......Tanggungjawab kita semakin besar. Are we expert in master planning or just gardening? Who are we? Want to be respect in that level of knowledge?Any ideas to share.....welcome

Friday, December 19, 2008

Kejadian Bukit Antarabangsa,Kuala Lumpur

Satu topik yang agak menarik untuk dibincangkan......'Landscape Architecture'....satu profession yang memang berkaitrapat di dalam memainkan peranan penting terutamanya yang membabitkan alam sekitar....istilah 'landscape' menyatakan dan membawa maksud yang mendalam berdasarkan kepada tahap pemahaman dan keintelektualan individu atau golongan itu sendiri walaupun pada hakikatnya ianya adalah normal dan mudah difahami.'Landscape' is what we see and what we seen...like we read a book and how understanding what we read...Dengan pemahaman ini, kita dapat memahami erti kata yang sebenar apakah peranan dan tanggungjawab kita sebagai seorang Arkitek Landskap terhadap alam bina dan alam semulajadi iaitu mengimbangi dua unsur ini menjadi satu unsur yang lebih sempurna untuk kehidupan manusia dan juga seluruh hidupan yang ada pada masa sekarang dan juga generasi akan datang. Di sinilah wujudnya terma 'Landscape Architecture' yang bersifat lebih global dan memainkan peranan penting terhadap alam sekitar.

Wednesday, November 26, 2008

Landscape Arkitek Malaysia?

Kalau nak masuk media apapun,explain la sikit about landscape profesion tu sendiri......ni tidak,ada ke patut dok sembang pasal tanam pokok kat yard umah je.......belajar tinggi2,balik balik sembang pasal yard umah je.....come on la...sakit hati.....kalau belajar overseas tu tapi balik jadi camtu baik tak payah belajar jauh2.....apa beza u all dengan tukang kebun.....dan satu lagi, budak landscape ni satu hal,asyik2 sembang pasal pokok memang hebat dan yang bestnya perasan hebat dari horticulturist.......cuba cakap kat aku apa beza landscape dgn horticulturist.......landscape is all about trees?landscape ni skop yang paling best kalau korang betul2 paham.....besar gila punya.....landscape planning yang sebetulnya dalam Malaysia rasanya tak ada lagi.......kalau ada bagitau aku........Landscape Master Planning yang konsultant Malaysia buat tu banyak yang buat untuk cukup syarat......planning ke hapa kalau landscape planting je......menyirap aku........planning for the future impact?takda,zero.....langsung takda...habis kuat pokok ni pokok tu bila besar jadi mcm ni macam tu.....aku yang belajar local pun paham,baca la Landscape Architecture Magazine tu......aku nampak budak UTM ni dengan konsep,UIA ni dengan management rasanya.....aku respek la,diaorang paham.....budak UiTM dengan design implementation okla tapi boleh lagi improve dengan yang lain......budak USM dengan UPM......no comment. At the moment,i dont see nothing.......anybody can comment anything about our proffesion........
P/S : Teringin gak jadi lecturer

Khalifah mukabumi

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". -albaqarah 30

Monday, November 24, 2008

Politik Melayu

Ok sapa2 yang berminat untuk berikan pandangan sila lontarkan pandangan anda.....tak kisah la u all dari parti mana janji apa yang dilontarkan berkaitan Melayu.......kita kena tengok di mana halatuju orang Melayu sekarang.......adakalanya menidakkan apa yang betul dan mengiyakan apa yang salah........adakah semata-mata kerana kuasa atau sebaliknya?Anda dialu-alukan.Assalamualaikum.